search


Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang dikatakan pheromone? Anda juga mungkin sudah biasa terdengar tentang minyak wangi atau perfume pheromone seperti DV Phero Perfumes. Di sini, kami nak kupas sedikit berkenaan pheromone dan kesannya dalam kehidupan seharian.


Adakah Anda Mempunyai Masalah Seperti Ini?

  • Lelaki bujang yang kesunyian dan teringin mendapatkan teman hidup.
  • Wanita single yang teringin untuk berumahtangga.
  • Peniaga jualan lansung yang buntu kerana susah nak tarik pelanggan.
  • Suami yang bermasalah dek kerana isteri meminta cerai.
  • Isteri yang hendak memikat semula cinta suaminya.
  • Lelaki atau perempuan yang nak jadi perhatian ramai.

Pheromone Adalah Lebih Dari Apa Yang Anda Bayangkan

Percaya atau tidak, aroma atau bau memainkan peranan besar dalam menarik perhatian seseorang, khususnya bagi yang berlawanan jenis. Tapi, tahukah anda bahawa setiap orang mempunyai daya penarik unik bagi orang lain dengan caranya yang tersendiri?

Mungkin anda pernah melihat seseorang yang tidak kacak, tetapi perempuan cepat tertarik kepadanya? Besar kemungkinan lelaki ini mengeluarkan pheromone dalam jumlah yang lebih besar dan lebih mudah dikesan berbanding dengan lelaki lain.

Anda Pernah Rindu Seseorang? Bagaimana Ia Terjadi?

Pernahkah anda terfikir, bila anda sedang di perantauan dan rindu seseorang, contohnya anak atau isteri anda. Anda cepat-cepat whatsapp atau call mereka. Adakah rindu itu sudah hilang selepas call? Tidak..malah menjadi semakin menebal. Kemudian bila anda pulang saja ke rumah, anak dan isteri sedang tidur, tetapi masuk saja ke rumah perasaan anda tenang dan selesa. Rindu itu menjadi hilang dan perasaan anda lega walaupun anda belum menatap wajah anak dan isteri anda. kenapa ya?

Ini adalah kerana pheromone anak dan isteri tersebar di rumah anda dan itulah yang membuatkan anda lega. Ini juga antara sebab kenapa orang dahulu bila pergi berperang, mereka akan membawa secebis kain atau pakaian isteri atau orang tersayang mereka. Sebab itu juga, bila sahaja ibu yang kehilangan anak atau orang yang disayanginya, dia akan memeluk dan mencium pakaian untuk melepaskan rindu.




Apa Itu Pheromone & Copulins?

Pheromone, setelah diuji pada setiap spesis dari serangga hinggalah reptilia, ia digunakan sebagai daya tarikan seks. Pada asalnya, pheromone adalah isyarat tarikan seksual bawah sedar. Sebuah struktur khas yang terletak di sebelah dalam hidung yang disebut VNO (Vomeronasal Organ) bertugas mengesan molekul pheromone yang tidak berbau, yang terjadi melalui keringat atau urin.

Isyarat-isyarat pheromone yang dikenali oleh organ ini kemudiannya dihantar melalui saraf tertentu ke satu bahagian otak yang disebut hypothalamus, iaitu sebuah kawasan yang dikenali untuk mengubah emosi, hormon, reproduksi dan sudah tentu sahaja perilaku seks. Terdapat 3 jenis pheromone pada manusia yang berhasil dikesan iaitu androstenol, androstenone dan copulins.

Androstenol & Androstenone

Dua pheromone ini terdapat di permukaan kulit lelaki dan wanita, terjadi manakala kimia pada peluh berinteraksi dengan bakteria. Kedua-dua pheromone ini diyakini berperanan penting terhadap daya tarikan manusia, lelaki atau wanita.

Perbezaan antara kedua-duanya adalah bahawa androstenol dapat mempengaruhi kesan terhadap daya tarikan wanita, kecerdasan dan percaya diri seorang lelaki. Androstenone pula berperanan pada aroma ‘serangan dan dominasi lelaki. Para wanita tertarik pada lelaki yang mengeluarkan pheromone ini dalam jumlah besar.

Copulins

Dikenalpasti secara ekslusif pada kawasan vagina wanita. Aromanya dapat meningkatkan level testosteron lelaki, khususnya ghairah seks dan secara positif berlaku terhadap ketertarikan wanita terhadap lelaki yang dituju.

Walaupun kita secara semulajadi memiliki pheromone, namun disebabkan kita mandi, memakai wangian (cologne) serta faktor usia dan pakaian, ini membuatkan pengeluaran zat ini sukar bekerja secara optimal sehingg membuatnya tidak mudah dikesan.

Reaksi Selepas Menyapu Pheromone Ke Badan

  • Meningkatkan komunikasi pada lawan jenis.
  • Peningkatan kualiti seks terhadap pasangan dan meningkatkan ghairah.
  • Hubungan profesional menjadi lebih baik
  • Meningkatkan kualiti percaya diri.

Cuba DV Phero Perfumes Sekarang Dan Rasai Perbezaannya!

Your cart is currently empty.
Continue shopping