icon-search

Bagi yang belum mengetahui apakah itu ubat kuat zakar, ianya sebenarnya merupakan sejenis ubat yang diambil oleh seseorang yang menghadapi masalah mati pucuk bagi membantu mewujudkan  ereksi ketika sedang melakukan hubungan seks.

Terdapat beberapa pilihan yang ada dalam dunia perubatan, dan sekiranya seseorang disahkan mempunyai masalah mati pucuk, doktor akan memberikan ubatan yang bersesuaian dengan pesakit tersebut.

WhatsApp Image 2021-11-19 at 10.25.59 AM.jpeg

Apakah Kegunaan Ubat Kuat Zakar?

Kegunaan ubat kuat zakar adalah untuk menghasilkan atau mengekalkan ereksi pada seseorang lelaki yang mempunyai masalah mati pucuk bagi mencapai kepuasan yang sepatutnya ketika melakukan hubungan seks. Namun, status kesihatan anda perlu disemak secara menyeluruh sebelum menggunakan ubat ini untuk memastikan keperluan pengambilan serta mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini.

WhatsApp Image 2021-11-19 at 10.26.01 AM (2).jpeg



Bagaimanakah Ubat Kuat Zakar Bertindak?

Bagi memahami cara ubat kuat zakar bertindak, terlebih dahulu kita perlu mengetahui tentang bagaimana proses ereksi berlaku.
Apabila seseorang terangsang secara seksual, signal akan dihantar daripada otak kepada zakar melalui sistem saraf bagi menghasilkan ereksi.
Signal ini juga membantu saluran darah arteri di zakar mengembang lalu berlaku peningkatan darah pada organ tersebut. Saluran arteri yang mengembang ini pula akan menekan tisu dan kapilari yang berada di sekelilingnya.
Perkara ini menyebabkan darah tidak boleh keluar semula daripada zakar lalu menyebabkan ketegangan atau ereksi.
Ubat kuat zakar membantu melancarkan proses ini sekiranya seseorang mempunyai penyakit yang menyebabkan dia tidak mampu mencapai atau mengekalkan ereksi dalam tempoh yang diingini.
Apa-apa penyakit yang mengganggu sistem saraf atau sistem saluran darah, boleh menyebabkan kegagalan proses ini. Selain itu, beberapa penyakit lain seperti masalah hormon juga boleh menyebabkan kegagalan ereksi.

WhatsApp Image 2021-11-19 at 10.26.00 AM.jpeg

Apakah Kesan Sampingan Ubat Kuat Zakar?

Kesan sampingan adalah bergantung pada jenis ubat yang diambil. Ubatan yang digunakan dalam masalah ini biasanya bertindak dengan cara meningkatkan peredaran darah pada zakar sehingga mampu mencapai ketegangan seperti biasa.

WhatsApp Image 2021-11-19 at 10.26.01 AM (2).jpeg



Hasil Ubat Kuat Zakar?

Ubat kuat zakar akan membantu menyelesaikan masalah mati pucuk yang dialami oleh seseorang buat beberapa tempoh masa. Selain itu, sekiranya seseorang itu mempunyai penyakit lain yang turut menjadi punca kepada kegagalan ereksi, mereka juga perlulah dirawat terlebih dahulu.

WhatsApp Image 2021-11-19 at 10.26.02 AM (1).jpeg


Rawatan lain

Antara rawatan lain yang akan dipertimbangkan oleh doktor termasuklah:

1.Mengubati punca simptom mati pucuk

2.Berubah kepada gaya hidup sihat

3.Kaunseling psikologi berpasangan


WhatsApp Image 2021-11-19 at 10.26.02 AM.jpeg

Siapakah Yang Berisiko Mendapat ‘Erectile Dysfunction’?
Risiko bagi masalah Erectile Dysfunction adalah sama dengan risiko dalam penyakit berkaitan kardiovaskular (jantung dan saluran darah). Antaranya adalah seperti:

Kurang bersenam
Obesiti
Merokok
Hiperkolestrolemia (tinggi kolestrol dalam darah)
Tekanan darah tinggi (hipertensi)
Sindrom metabolisme (Metabollic Syndrome)
Kencing manis (Diabetes mellitus)


Oleh itu, mereka yang mempunyai mana-mana risiko diatas perlulah mula mengubahnya dari sekarang bagi mengelakkan masalah mati pucuk.

Your cart is currently empty.
Continue shopping